Tuesday 8 May 2012

Revolusi Mesir 2011

Revolusi Mesir 2011 adalah demonstrasi besar-besaran yang terjadi di seluruh Mesir menuntut agar Presiden Hosni Mubarak yang telah berkuasa selama 30 tahun untuk melepaskan jabatannya. Revolusi ini telah berlaku di Tunisia. Pemerintah berusaha meredam usaha para demonstran dengan cara memberhentikan saluran internet dan komunikasi sehingga suatu waktu yang tidak tentu.Anak kepada Presiden, Gamal Mubarak dilaporkan telah meninggalkan Mesir dan ke London bersama keluarga. Setelah 18 hari berdomenstrasi, akhirnya Presiden Mubarak mundur pada tanggal 11 Februari 2011.

Setelah rejim Mubarak dijatuhkan oleh seluruh rakyat Mesir bermula pada 25 Januari yang lalu. Kini, mesir sedang mengalami satu fasa perubahan, di mana terdapat banyak usaha pembaikan seluruh aspek kehidupan rakyat di Mesir sekarang ini.

Perubahan ini kemungkinan besar tidak akan berlaku seandainya tiada golongan individu yang membawa kepada perubahan yang betul. Revolusi yang di lakukan juga mungkin tidak akan berjaya jika rakyat hanya ingin menjatuhkan bekas presidennya atau Husni Mubarak sahaja tanpa memikirkan tentang proses pembaikan yang harus dilaksanakan setelah itu jika tiada golongan yang memandu rakyat ke arah suatu fasa perubahan yang betul seperti sekarang.

Golongan-golongan yang di gelar sebagai golongan ‘Musleh’ iaitu, pada kebangkitan rakyat yang lalu setelah tercetusnya revolusi, golongan Musleh seperti Ikhwan, syeikh-syeikh Al-Azhar dan pelbagai gerakan islam yang muncul mamainkan peranan penting dalam memandu masyarakat ke arah satu perubahan yang betul untuk masa depan Mesir khususnya bagi umat Islam di seluruh dunia.

Seterusnya, kejadian yang berlaku di Mesir hendaklah dijadikan pengajaran oleh kebanyakan negara-negara Islam di dunia khususnya Malaysia yang mana kebanyakan pemimpinnya melaksanakan pimpinan dengan mengikut kehendak nafsu tanpa menghiraukan hak-hak rakyat yang sepatutnya, dengan membuat perjanjian dengan kuasa-kuasa besar dunia demi kepentingan diri sendiri dan akhirnya akan mencetuskan kebangkitan rakyat serta kemungkinan besar Malaysia yang kelihatan pada pandangan kasarnya merupakan negara yang aman tetapi tidak akan terkecuali akan mengalami perkara yang sama jika pihak kerajaan masih merasa selesa dengan perlaksanaan sistem-sistem Barat dalam segala aspek pemerintahan sama ada ekonomi, budaya, politik dan sebagainya yang semakin menonjol di Malaysia kini.


Walau bagaimanapun, pengajaran yang boleh di ambil daripada kejadian revolusi yang berlaku di Mesir pada 25 Januari yang lalu boleh dibahagikan seperti berikut:

1. Pihak pemerintah atau kerajaan seharusnya melaksanakan pemerintahan dengan ketulusan dan keadilan dalam menjaga hak-hak rakyat justeru dapat menghindarkan dari berlakunya kebangkitan rakyat yang mana kemungkinan besar akan meragut ribuan malah jutaan nyawa. Selain itu, pemerintah juga seharusnya lebih peka terhadap rakyat dalam melaksanakan pemerintahan di mana majoriti negara Islam yang sedia ada telah mengamalkan sistem demokrasi dengan membenarkan rakyat melaksanakan pemilihan pemerintah serta kebebasan bersuara dalam menentukan pimpinan negara.

2. Pada zaman globalisasi yang kian meluas kini, amat mudah untuk sesuatu ideologi atau budaya terutamanya yang diimport masuk ke dalam negara yang bertentangan dengan gaya hidup masyarakat di timur dan lebih-lebih lagi menjadi semakin jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam di mana majoriti masyarakat di Malaysia beragama Islam serta kebanyakannya di anuti oleh bangsa Melayu melalui media massa yang semakin canggih. Hal ini dapat memberi kesan yang negatif kepada rakyat Malaysia seperti masalah keruntuhan moral dan akhlak yang serius kepada generasi muda yang bakal memimpin negara pada masa akan datang

3. Sistem politik juga seharusnya dilaksanakan dengan lebih telus dan amanah, walaupun sistem politik di Malaysia boleh dikatakan lebih baik berbanding dengan sistem politik di kebanyakan negara-negara Islam di timur tengah antaranya Mesir di mana kebanyakannya malaksanakan sistem politik yang tidak adil namun, jika di perhatikan suasana politik yang berlaku di Malaysia pada masa kini adalah sangat menjijikkan! Di mana masing-masing ingin menjatuhkan lawan demi untuk mencapai kepuasan individu dengan penyebaran fitnah melalui media-media massa.


Kesimpulannya,pengajaran-pengajaran tersebut adalah penting untuk membentuk sebuah negara yang bebas dari anasir-anasir yang negatif yang pada permulaannya mungkin mempunyai kebaikan tetapi hakikatnya akan mendorong kepada kemunduran yang hakiki kepada sesebuah negara Islam.