Wednesday, 21 March 2012

Tamadun Mesir Purba

Pengenalan tentang Mesir Purba



Tamadun Mesir Purba bermula daripada zaman Neolitik 10000-5000SM. Tamadun ini berletak di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean. Sungai Nil berpunca dari sungai Bil Biru dari Ethopia dan Sungai Nil putih dari Uganda. Di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pada tamadun awal.
Tamadun boleh dibahagikan kepada empat zaman, iaitu:

  • Zaman Awal
  • Zaman pertengahan
  • Zaman empayar
  • Zaman keruntuhan

Selepas zaman kegemilangan pada Zaman Empayar, Tamadun Mesir mengalami zaman keruntuhan apabila dikuasai oleh orang asing seperti orang Libya, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.




Ciri-ciri


  • Kehidupan berorganisasi


Kehidupan berorganisasi Mesir Purba diketuai oleh Firaun (dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus pada zaman lama) yang merupakan raja berkuasa mutlak  serta dianggap suci. Jawatan Firaun (Raja Mesir) diwarisi secare turun-temurun. Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, Firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa Firaun ialah anak Tuhan Matahari (Amon Re).

Firaun juga merupakan:




  • Ketus Pendeta
  • Pemilik Tanah
  • Ketua Hakim
  • Ketua Pahlawan


     



  • Pengkhususan kerja


Tamadun Mesir Purba telah berkembang maju dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenuan dan pembuatan barang tembikar dan peralatan. Aktiviti ekonomi seperti perlombongan emas juga dijalankan di kawasan Nubia. 




  • Sistem pemerintahan




Sistem pemerintahan Mesir Purba diketuai oleh raja, Firaun. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara. Golongan bangsawan tersebut terdiri daripada pegawai, penasihat dan juda gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki. Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan. Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam) yang dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.





  • Agama dan kepercayaan


simbol Dewa Ra

Penduduk Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme. Setiap Tuhan penduduk Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin). Mereka juga percaya kepada kehidupan selepas mati. Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti dan dipenuhi dengan peralatan keperluan kehidupan selepas mati. Kedudukan atau status mayat tersebut ditunjukkan dengan solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan dalam makam. 



  • Sistem Tulisan

    Tulisan hieroglif



    Hieroglif merupakan tulisan awal Mesir Purba. Tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi. Tulisan ini berkembang menjadi tulisan hieratik(tulisan berangkai), dan kemudiannya berkembang ke tulisan demotik. Biasanya tulisan hieroglif ditulis pada batu, kayu dan pokok papyrus yang dileperkan.Tulisan ini digunakan untuk mencatat aktiviti pertanian, kutipan cukai dan juga tujuan keagamaan.



     Sumbangan 


  • Seni Bina   

Seni bina piramid ialah hasil ilham Imhotep(saintis, ahli arketik, perubatan, pengarang, dan penasihat firaun). Bangunan yang biasa dibina Imhotep adalah dalam bentuk batu-bata. Kecemerlangan masyarakat Mesir Purba dalam aspek ini dapat dilihat dengan adanya monumen yang kukuh iaitu piramid, rumah berhala, dan candi.



  • Kertas 
Masyarakat Mesir Purba mencipta kertas yang diperbuat daripada pokok papyrus. Mereka menggunakan kertas untuk merekodkan catatan tentang pentadbiran, pencukaian, lagu-lagu suci, perubatan dan sebagainya. Penciptaan kertas telah membolehkan rekod-rekod warisan ketamadunan Mesir Purba disimpan dengan lebih selamat dan menggantikan kepingan batu-bata.

  • Pendidikan

Pendidikan khusus diberi kepada kanak-kanak keluarga atasan yang dikendalikan oleh rumah berhala dan ditadbir kerajaan. Tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang mahir dan pekerja profesional. 

  • Ilmu perubatan

Pengamal perubatan Mesir Purba berpengetahuan dalam pengawetan mayat menjadi mumia dengan membuang bahagian-bahagian tertentu agar mayat tersebut tahan lama dan tidak reput. Oleh itu, mereka diberi status tinggi kerana berkhidmat untuk firaun dan masyarakat. Pengetahuan mereka dalam bidang perubatan, pembedahan kimia dan fizik telah memberi sumbangan besar dalam perkembangan ilmu perubatan.

  •  Ilmu Matematik

 Ilmu geometri, matematik dan sains telah melahirkan pengurus dalam pertanian, bekalan air Sg.Nil, bangunan dan piramid. Mereka juga menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir. Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir kepada kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan.  Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalender 365 hari dan 12 bulan setahun.

No comments:

Post a Comment