Monday, 30 April 2012

Cleopetra: Firaun Wanita Mesir Purba




Sebagai ratu Mesir purba, Cleopatra adalah salah satu pemerintah wanita yang terkenal dalam sejarah. Keluarganya telah memerintah Mesir selama lebih 100 tahun, sebelum dia dilahirkan di sekitar 69 SM. Kisah-kisah dan mitos-mitos yang mengenai kehidupan tragis Cleopatra diilhamkan dalam beberapa buku, filem, dan drama, termasuk Antony dan Cleopatra oleh Shakespeare. Cleopatra telah menjadi salah satu orang Mesir purba yang termasyur.

Ratu Mesir, terkenal dalam sejarah dan drama sebagai kekasih Julius Caesar dan kemudiannya isteri Marc Antony. Dia menjadi ratu selepas kematian bapanya, Ptolemy XII, di 51 dan memerintah seiringan dua orang abangnya Ptolemy XIII (51-47) dan Ptolemy XIV (47-44) dan anaknya Ptolemy XV Caesar (44-30). Selepas tentera Rom Octavian menewaskan tentera gabungan Antony dan Cleopatra, mereka membunuh diri, dan Mesir jatuh di bawah penguasaan Rom. Cleopatra aktif mempengaruhi politik Rom pada tempoh yang penting dan memerintah setaraf dengan pemerintah lelaki.

Baginda berketurunan Yunani, bukan Mesir. Dilahirkan pada awal 69 S.M., Cleopatra anak ke-3 daripada 6 adik beradik dan lahir di kalangan Dinasti Ptolemaik Yunani. Baginda mempunyai 2 orang kakak dan seorang adik perempuan serta dua adik lelaki. Baginda dilahirkan dan dibesarkan di bandar Iskandariah (Alexandria) iaitu bandar terbesar dan termewah ketika itu.

Keluarga Cleopatra tidak aman akibat tekanan dan konflik dari luar (Rom) dan dalam (perebutan kuasa). Semasa kecil lagi, Cleopatra telah melihat persengketaan dalam keluarganya sendiri. Ketika baginda berusia awal belasan tahun, baginda telah menyaksikan kejatuhan ayahandanya sendiri apabila ayahandanya menjadi boneka Empayar Rom akibat bebanan hutang yang terlalu tinggi tetapi masih mengharap agar Rom tidak menakluk Mesir.

Konflik perebutan takhta di antara Berenice IV dengan Cleopatra VI merupakan salah satu teori yang telah menyebabkan kematiannya. Terdapat pendapat mengatakan yang Berenice IV meracuni Cleopatra VI pada 57 S.M., tetapi pemerintahannya tak lama apabila pada tahun 55 S.M., ayahanda mereka mengambil semula takhta dan menghukum bunuh ke atas anaknya, Berenice IV. Ini menjadikan Cleopatra sebagai puteri mahkota.


Dari ayahandanya, Ptolemy XII, Cleopatra mengetahui akan kekuatan leluhurnya (datuk moyang). Leluhurnya telah melakukan penaklukan hebat hampir 3 abad yang lalu.





Dokumentasi Khas National Geography 



No comments:

Post a Comment